Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu Bangsanya DIPIJAK
Melayu mudah lupa
Dulu Bangsanya RETAK
Melayu mudah lupa
Dulu Bangsanya TERIAK
Melayu mudah lupa
Dulu Bangsanya HAPRAK
Melayu mudah lupa
Dulu Bangsanya KELAS DUA
Melayu mudah lupa
Dulu Bangsanya HINA
Melayu mudah lupa
Dulu Bangsanya SENGKETA
Melayu mudah lupa
Dulu Bangsanya DERITA
Melayu mudah lupa
Dulu Bangsanya KERDIL
Melayu mudah lupa
Dulu Bangsanya TERPENCIL
Tiada DAULAT
Tiada MARUAH
Tiada BEBAS
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah Bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu BELUM SELESAI
Jumaat, 26 Disember 2008
Rabu, 24 Disember 2008
Seloka Nasib Melayu
Aduhai malang nasibmu Melayu
Dagang lalu disangka wali
Rupanya dagang mencari pitis
Ada tanah dilaburkan
Anak sendiri hidup menumpang
Ada bahasa dibuang-buangkan
Bahasa penjajah juga dipandang
Kerana anak lemah Inggeris
Seluruh ilmu hendak diInggeriskan
Aduhai malang nasibmu Melayu
Ada pemimpin asyik bersengketa
Hidup rakyat tidak terbela
Orang lain berjalan lurus
Engkau berjalan bengkang-bengkok
Aduhai malang nasibmu Melayu
Bahasa orang diwajibkan di universiti
Bahasa sendiri kurang dipercayai
24 Jun 2002Penulis: Baha Zain
Dagang lalu disangka wali
Rupanya dagang mencari pitis
Ada tanah dilaburkan
Anak sendiri hidup menumpang
Ada bahasa dibuang-buangkan
Bahasa penjajah juga dipandang
Kerana anak lemah Inggeris
Seluruh ilmu hendak diInggeriskan
Aduhai malang nasibmu Melayu
Ada pemimpin asyik bersengketa
Hidup rakyat tidak terbela
Orang lain berjalan lurus
Engkau berjalan bengkang-bengkok
Aduhai malang nasibmu Melayu
Bahasa orang diwajibkan di universiti
Bahasa sendiri kurang dipercayai
24 Jun 2002Penulis: Baha Zain
Langgan:
Catatan (Atom)

